Thursday, March 6, 2008

Port Dickson




Lebih dikenali sebagai PD, Port Dickson adalah sinonim dengan matahari dan hiburan di pantai. Terletak hanya 32km daripada Seremban dan 60km dari Kuala Lumpur. Dengan adanya Lebuh raya Seremban-Port Dickson, warga Kuala Lumpur lebih mudah datang ke pantai Port Dickson. Port Dickson merupakan tempat untuk berkelah, berenang dan sebagainya. Tidak jauh dari Port Dickson juga terdapat pantai seperti Teluk Kemang, Blue Lagoon dan Cape Rachado.

Pantainya landai, bersih, pasir putih halus dan dilengkapi dengan kedai makanan, bilik mandi dan tandas serta pondok-pondok rehat. Maksudnya Port Dickson terletak di tepi pinggir laut, berperanan sebagai pelabuhan untuk import dan eksport minyak, bijih timah, arang dan lain-lain keperluan.

Tarikan utama PD ialah pantainya yang bersih dengan pasir yang putih sejauh 18km dari Tanjung Gemuk di utara hingga ke Tanjung Tuan di selatan. Di sekitar pantai yang memutih terdapat deretan pokok-pokok palma ru, pokok-pokok kelapa, dan Bayan. Tanjung Dekat yang terletak di Cape Rachado (Tanjung Tuan) dan Lagoon biru adalah tempat perkelahan yang paling terkenal dan sebuah tempat yang strategik untuk peminat sukan air.

Terdapat banyak hotel, chalet dan resort dibina di Teluk Kemang dan di Port Dickson. Antaranya ialah Ilham Resort, PD Marina, Tanjung Tuan Beach Resort, Guoman, Residensi Hotel, Hotel Costa Rica dan Hotel Sri Malaysia. Sewa hotel berharga dari RM90.00 sahaja.

Kebiasaanya, pada setiap bulan Ogos akan diadakan ”Pesta Port Dickson”. Acara tahunan ini melibatkan ramai penyertaan daripada pelbagai negara. Ini merupakan peluang untuk anda berkunjung ke sini untuk melawat pantai-pantai PD yang akan mengadakan pelbagai aktiviti dan acara kebudayaan berkaitan dengan kehidupan setempat.

1 comment:

krumsyes said...

mmg x d nafikan pantai2 sbgi tarikan utama PD.ttpi pembangunan hoteldan resort yg terpacak spnjg pinggir pantai PD mnjejaskan ekosistem dan merubah bentuk struktur pesisir pntai itu sndiri.laut tlh di tambak,hakisan kerap berlaku.pembangunan yg lbh kpd pelancong ini sudah tentu ny menimbulkan ktidakselesaan kpd pnduduk tmpatan