Thursday, February 28, 2008

Taman Rama-rama


Antara tempat lain yang boleh anda kunjungi di Kuala Lumpur ini ialah Taman Rama-rama.Di buka dari jam 9 pagi hingga 6 petang pada setiap hari.Bayaran masuk yang dikenakan hanya Rm5 bagi dewasa dan Rm1 bagi kanak-kanak. Yuran bagi kamera juga dikenakan iaitu hanya Rm1 sahaja.Bagi anda yang suka akan keindahan flora,di sinilah tempat yang sesuai.


Terdapat lebih kurang 1,230 spesis rama-rama yang terdapat di taman ini.Anda juga boleh mengetahui tentang kitar hidup dan habitat spesis ini.Sesuai bagi anda yang berkeluarga membawa anak-anak berkunjung ke Taman Rama-rama ini.Tempat ini menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara yang gemar akan keindahan alam semulajadi.Anda pasti teruja dan kagum apabila dikelilingi oleh rama-rama yang cantik dan berterbangan dengan bebas....Sememangnya Taman Rama-rama ini merupakan salah satu tempat menarik yang harus dikunjungi di Kuala Lumpur. Kesibukan ibu kota tidak menghalang anda untuk menikmati ketenangan alam fauna.

Menara Kuala Lumpur







Salah satu tempat yang boleh anda lawati di Kuala Lumpur ini ialah Menara Kuala Lumpur. Ia merupakan sebuah menara yang terletak 515 dari aras laut dengan ketinggian 421 meter. Menara Kuala Lumpur terletak di kemuncak Bukit Nanas 94 meter dari aras laut. Menara ini lebih tinggi daripada Menara Berkembar Petronas.Di bawah menara ini terdapat banyak kedai cenderamata sebagai hadiah kenang-kenangan,pawagam,restoran dan pusat penerangan.Bentuknya yang tirus dan tinggi adalah keistimewaannya.Reka bentuk menara ini dipengaruhi oleh seni bina islam,Jerman,Perancis dan tempatan.Hiasan dalamannya dipengaruhi oleh seni bina islam. Bagi anda yang belum pernah ke sini,carilah masa yang terluang pergi ke tempat yang menjadi kebanggaan Malaysia ini.

Suka jalan-jalan??

Suka jalan-jalan???? nak tahu tempat-tempat menarik di Malaysia??tempat yang sesuai untuk merehatkan minda dengan kawan-kawan dan keluarga. janji ada duit dan masa lapang....tapi sebab Malaysia ni luas dan berbukit-bukau, tak semualah tempat boleh kita pergi....kena rancang dan mengukut bajet...