Taman Negara Malaysia terletak di sempadan negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan.Ia meliputi kawasan hutan hujan seluas 4343 kilometer persegi dan berusia 130 juta tahun. Gunung Tahan, iaitu gunung tertinggi di Semenanjung Malaysia juga terletak di Taman Negara. Taman Negara ini dijaga oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN).
Taman Negara boleh dijelajahi melalui - Kuala Tahan, Sungai Relau (berhampiran pekan Merapoh), Kuala Koh dan Kuala Pertang. Taman Negara mempunyai banyak kawasan makanan untuk haiwan misalnya di Jenut Belau dan merupakan tempat kediaman bagi kebanyakan hidupan liar yang semakin pupus, termasuk harimau, tenuk, gajah, rusa, babi hutan, pelandok, seladang dan lain-lain lagi. Nama asal Taman Negara sebelum merdeka adalah Taman Negara King George V.
Pelancong yang ingin ke Taman Negara juga boleh memilih untuk menyertai aktiviti memancing terutamanya di Lata Berkoh dan Sungai Kenyam. Terdapat 300 spesies ikan terutamanya dari keluarga kap seperti ikan kelisa, ikan kelah, dan lain-lain lagi yang banyak terdapat di sungai-sungai di Taman Negara. Pelancong juga boleh menyewa bot untuk aktiviti memancing dan sukan air.Selain memancing di di Lata Berkoh dan Sungai Kenyam, para pelawat juga boleh memilih untuk memancing di Sungai Tahan yang mempunyai air terjun setinggi 152 meter dari Kuala Teku di kaki Gunung Tahan.
Aktiviti yang sesuai dilakukan di sini ialah pengunjung boleh menikmati keindahan hutan waktu malam sambil mengintai pelbagai fauna, terutama burung, kucing dan babi hutan yang sebenarnya sentiasa berkeliaran berhampiran anda. Anda juga boleh mendaki Bukit Teresik setinggi 334 meter dari paras laut atau menjengah kehidupan dan menghidu bau alam dalam Gua Telinga. Berjalan atas Laluan Kanopi yang terbentang panjang juga antara aktiviti yang menarik untuk di cuba. Dari atas kanopi terpanjang di dunia ini, pokok-pokok besar di dalam hutan kelihatan sayup. Menyusuri Sungai Tembeling yang kaya dengan cerita sejarahnya membuatkan anda berdebar bercampur seronok untuk menongkah arus deras ketika melalui tujuh jeramnya (antaranya Jeram Dedari, Nusa, Katak, Panjang dan Abai). Singgah juga di Dedari iaitu tempat tinggal masyarakat orang asli kaum Bateq. Pengunjung boleh belajar cara menghidupkan api mengikut cara mereka; pengetahuan paling berguna jika anda berkhemah. Selain itu, cuba juga menyusuri Sungai Tahan dengan bermandi manda di Lubuk Simpon atau di Air Terjun Lata Berkoh.
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan perkhidmatan dari Kuala Lumpur ke Kuala Tembeling jika anda mahu ke Taman Negara ini. Boleh juga menaiki bas ekspres dari Puduraya, Kuala Lumpur ke Jerantut dan kemudian mengambil teksi untuk ke Kuala Tembeling. Dari jeti, pelancong perlu menaiki bot selama tiga jam untuk sampai ke Kuala Tahan. Jika berkereta, anda boleh menggunakan laluan ke Taman Negara yang mengambil masa kira-kira lima jam perjalanan dari ibu kota.

No comments:
Post a Comment