Thursday, March 27, 2008

The Mines..




Bagi pelajar UPM seperti saya, tempat yang paling kerap saya pergi adalah pusat membeli belah The Mines kerana lokasinya yang berhampiran dengan kolej kediaman saya.
Sama seperti pelajar-pelajar lain, selalunya saya ke sana kerana ingin membeli barang atau sekadar menjamu mata melihat barangan-barangan baru. Tetapi sekali-sekala keluar ke sana pada sebelah malam, dapat juga menyaksikan pemandangan indah yang penuh dengan limpahan cahaya lampu berwarna-warni.
Suasana tampak menarik dan lebih cantik pada waktu malam berbanding siang. Tasik di sekitar The Mines seolah-olah sedang berpesta dengan cahaya lampunya. Suatu pemandangan yang menarik.

Wednesday, March 26, 2008

Pesta Floria..




Pesta Floria Antarabangsa telah diadakan di Putrajaya pada tahun 2007. Banyak negara luar dan syarikat-syarikat tempatan yang menyertai pesta ini. Bagi penggemar bunga, di sinilah tempatnya yang harus anda lawati.

Saya juga merupakan seorang penggemar bunga. Di pesta ini,saya berpeluang mengenali pelbagai jeis bunga yang digubah indah. Dewan pameran yang luas dan berhawa dingin membuatkan seolah-olah anda berada di negara yang bermusim sejuk sambil menyaksikan pemandangan bunga yang indah di taman. Bunga-bunga tersebut digubah mengikut tema dan jalan cerita yang ingin dipersembahkan kepada penonton. Ramai pelancong dari dalam dan luar negara yang datang menyaksikan bunga-bunga indah ini.

Pulau Pangkor..



















Pulau yang terkenal di negeri Perak ini bukan sahaja menjadi tarikan pelancong luar negara malahan rakyat tempatan juga. Pulau Pangkor sangat kaya dengan keindahan alam semulajadi yang masih terpelihara..




Saya bersama-sama rakan-rakan juga berpeluang untuk menikmati sendiri keindahan alam seperti yang diwar-warkan. Ternyata ia pengalaman yang sangat menarik untuk disimpan. Saya yang baru pertama kali menjejakkan kaki ke Pulau Pangkor sangat teruja dengan keadaan sekelilingnya. Menaiki bot dengan bayaran sebanyak Rm10 seorang, sangat berpatutan dengan pemandangan yang disajikan.

Zoo Negara...


Sekali sekala mengunjungi zoo seronok juga. mungkin kali terakhir anda ke sana ialah semasa anda berumur 12 tahun...Jadi apa kata anda kembali semula ke zoo bagi mengimbas kenangan anda semasa kecil dahulu...Tentu seronok.

Bayaran masuk yang dikenakan sekarang ialah Rm15 seorang. Tetapi dengan keseronokkan yang akan anda alami, rasanya berbaloi dengan bayaran tersebut.

Thursday, March 6, 2008

Kompleks Kraf


Kompleks Kraf Kuala Lumpur merupakan ‘One Stop Craft Centre’ di Kuala Lumpur untuk memudahkan para pelancong membeli belah produk kraf. Aktiviti yang terdapat di Kompleks ialah seperti Promosi Kraf Kompleks Kuala Lumpur yang menekankan Kompleks Kraf sebagai tempat yang mesti dilawati oleh pelancong. Antara kemudahan yang disediakan ialah demonstrasi pembuatan kraf batik lukis, batik blok, tenunan songket, seramik dan ukiran kayu.

Di sini ada menyediakan kegiatan interaktif dengan para pelawat seperti melukis batik dan membuat seramik. dengan membayar hayar Rm15 anda dapat melukis sendiri batik anda manakala membuat seramik pula dikenakan bayaran sebanyak Rm25.


Sekarang sedang berlangsung hari Kraf Kebangsaan bermula daripada 27 Mac sehingga 7 April 2008. Pelbagai barangan kraf ada di jual di sini seperti batik, hasil rimba (anyaman),seramik,dan barangan manik seperti rantai,gelang,dan cincin.

Hutan Lipur Sungai Congkak

Hutan Lipur Sungai Congkak terletak di Hutan Simpan Hulu Langat yang mempunyai jenis Hutan Dipterokarp Pamah. Hutan lipur ini mempunyai sungai yang cantik dan air yang jernih mengalir dalam kawasan hutan lipur ini. Di sepanjang sungai ini terdapat air terjun dan kolam mandi. Di sini menjanjikan anda panorama semula jadi yang menggamit pandangan dan ketenangan jiwa.

Antara kemudahan asas yang terdapat di sini ialah tapak perkhemahan, tapak perkelahan, chalet, padang permainan, astaka dan pondok rehat, medan selera, pentas dan dewan terbuka, tandas, tempat letak kenderaan dan sebagainya.

Pengunjung juga boleh mendaki bahagian tertinggi di hutan lipur tersebut iaitu Bukit Chenuang setinggi lebih kurang 850 meter dari aras muka laut.Sungai Congkak merupakan pintu masuk bagi mendaki Bukit Chenuang ini. Cas yang dikenakan termasuklah bayaran parking RM 2 dan bayaran masuk ke dalam Sg Congkak ialah RM 1 seorang. Sungai Congkak berada di bawah pengurusan swasta iaitu Tourism Selangor Sdn. Bhd.

Jadi bagi anda yang mencari tempat perkelahan untuk sekeluarga yang berada di sekitar Lembah Klang dengan bajet yang rendah, pergilah ke Hutan Lipur Sungai Congkak yang masih kaya dengan alam keindahan semula jadi.

Kelip-kelip Kuala Selangor




Terletak di Kuala Selangor,ia merupakan sebuah tempat tujuan bagi para peminat kelip-kelip. Kampung Kuantan dan Bukit Belimbing merupakan dua buah tempat perlancongan kelip-kelip yang terletak berdekataan dengan Sungai Selangor. Jangka hidup kelip-kelip di Kuala Selangor ini adalah lebih kurang 30 hari sahaja.

Untuk Melihat kelip-kelip ini juga ada etika lawatan.Lawatan sebaik-baiknya dibuat selepas 1-4 jam selepas matahari terbenam. Ini kerana pada jangka waktu tersebut merupakan masa paling aktif untuk kelip-kelip dan anda akan dapat melihat kelipan yang menakjubkan. Anda boleh berkunjung ke tempat lawatan selepas 7.30 petang. Jangan memilih hari hujan atau hari bulan purnama penuh kerana kelipan kelp-kelip kurang jelas dilihat. Pakai kasut kalis air kerana ia lebih sesuai untuk keadaan yang lembap dan licin di sekitar tebing Sungai Selangor. Jangan menggunakan camera 'flash' atau merokok atau melakukan sebarang tindakan yang boleh mengancam hidupan kelip-kelip.

Bagi anda yang belum pernah memiliki pengalaman ini, disarankan untuk anda mengunjungi ke Kuala Selangor ini untuk melihat sendiri keindahan kelip-kelip pada waktu malam.

Taman Negara


Taman Negara Malaysia terletak di sempadan negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan.Ia meliputi kawasan hutan hujan seluas 4343 kilometer persegi dan berusia 130 juta tahun. Gunung Tahan, iaitu gunung tertinggi di Semenanjung Malaysia juga terletak di Taman Negara. Taman Negara ini dijaga oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN).
Taman Negara boleh dijelajahi melalui - Kuala Tahan, Sungai Relau (berhampiran pekan Merapoh), Kuala Koh dan Kuala Pertang. Taman Negara mempunyai banyak kawasan makanan untuk haiwan misalnya di Jenut Belau dan merupakan tempat kediaman bagi kebanyakan hidupan liar yang semakin pupus, termasuk harimau, tenuk, gajah, rusa, babi hutan, pelandok, seladang dan lain-lain lagi. Nama asal Taman Negara sebelum merdeka adalah Taman Negara King George V.

Pelancong yang ingin ke Taman Negara juga boleh memilih untuk menyertai aktiviti memancing terutamanya di Lata Berkoh dan Sungai Kenyam. Terdapat 300 spesies ikan terutamanya dari keluarga kap seperti ikan kelisa, ikan kelah, dan lain-lain lagi yang banyak terdapat di sungai-sungai di Taman Negara. Pelancong juga boleh menyewa bot untuk aktiviti memancing dan sukan air.Selain memancing di di Lata Berkoh dan Sungai Kenyam, para pelawat juga boleh memilih untuk memancing di Sungai Tahan yang mempunyai air terjun setinggi 152 meter dari Kuala Teku di kaki Gunung Tahan.

Aktiviti yang sesuai dilakukan di sini ialah pengunjung boleh menikmati keindahan hutan waktu malam sambil mengintai pelbagai fauna, terutama burung, kucing dan babi hutan yang sebenarnya sentiasa berkeliaran berhampiran anda. Anda juga boleh mendaki Bukit Teresik setinggi 334 meter dari paras laut atau menjengah kehidupan dan menghidu bau alam dalam Gua Telinga. Berjalan atas Laluan Kanopi yang terbentang panjang juga antara aktiviti yang menarik untuk di cuba. Dari atas kanopi terpanjang di dunia ini, pokok-pokok besar di dalam hutan kelihatan sayup. Menyusuri Sungai Tembeling yang kaya dengan cerita sejarahnya membuatkan anda berdebar bercampur seronok untuk menongkah arus deras ketika melalui tujuh jeramnya (antaranya Jeram Dedari, Nusa, Katak, Panjang dan Abai). Singgah juga di Dedari iaitu tempat tinggal masyarakat orang asli kaum Bateq. Pengunjung boleh belajar cara menghidupkan api mengikut cara mereka; pengetahuan paling berguna jika anda berkhemah. Selain itu, cuba juga menyusuri Sungai Tahan dengan bermandi manda di Lubuk Simpon atau di Air Terjun Lata Berkoh.

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan perkhidmatan dari Kuala Lumpur ke Kuala Tembeling jika anda mahu ke Taman Negara ini. Boleh juga menaiki bas ekspres dari Puduraya, Kuala Lumpur ke Jerantut dan kemudian mengambil teksi untuk ke Kuala Tembeling. Dari jeti, pelancong perlu menaiki bot selama tiga jam untuk sampai ke Kuala Tahan. Jika berkereta, anda boleh menggunakan laluan ke Taman Negara yang mengambil masa kira-kira lima jam perjalanan dari ibu kota.

Port Dickson




Lebih dikenali sebagai PD, Port Dickson adalah sinonim dengan matahari dan hiburan di pantai. Terletak hanya 32km daripada Seremban dan 60km dari Kuala Lumpur. Dengan adanya Lebuh raya Seremban-Port Dickson, warga Kuala Lumpur lebih mudah datang ke pantai Port Dickson. Port Dickson merupakan tempat untuk berkelah, berenang dan sebagainya. Tidak jauh dari Port Dickson juga terdapat pantai seperti Teluk Kemang, Blue Lagoon dan Cape Rachado.

Pantainya landai, bersih, pasir putih halus dan dilengkapi dengan kedai makanan, bilik mandi dan tandas serta pondok-pondok rehat. Maksudnya Port Dickson terletak di tepi pinggir laut, berperanan sebagai pelabuhan untuk import dan eksport minyak, bijih timah, arang dan lain-lain keperluan.

Tarikan utama PD ialah pantainya yang bersih dengan pasir yang putih sejauh 18km dari Tanjung Gemuk di utara hingga ke Tanjung Tuan di selatan. Di sekitar pantai yang memutih terdapat deretan pokok-pokok palma ru, pokok-pokok kelapa, dan Bayan. Tanjung Dekat yang terletak di Cape Rachado (Tanjung Tuan) dan Lagoon biru adalah tempat perkelahan yang paling terkenal dan sebuah tempat yang strategik untuk peminat sukan air.

Terdapat banyak hotel, chalet dan resort dibina di Teluk Kemang dan di Port Dickson. Antaranya ialah Ilham Resort, PD Marina, Tanjung Tuan Beach Resort, Guoman, Residensi Hotel, Hotel Costa Rica dan Hotel Sri Malaysia. Sewa hotel berharga dari RM90.00 sahaja.

Kebiasaanya, pada setiap bulan Ogos akan diadakan ”Pesta Port Dickson”. Acara tahunan ini melibatkan ramai penyertaan daripada pelbagai negara. Ini merupakan peluang untuk anda berkunjung ke sini untuk melawat pantai-pantai PD yang akan mengadakan pelbagai aktiviti dan acara kebudayaan berkaitan dengan kehidupan setempat.

Genting Highland




Terletak 2,000 meter dari paras laut, Genting Highlands adalah sebuah bandar yang indah di puncak bukit, tetapi hanya 50km dari Kuala Lumpur. Terletak dalam Banjaran Titiwangsa yang merentasi sempadan negeri Pahang dan Selangor, perjalanan ke Genting Hihgland mengambil masa kira-kira sejam dengan menaiki kereta dari KL.Menawarkan satu kelegaan daripada kebisingan dan kesibukan ibu kota. Udara gunung yang menyegarkan dilengkapi oleh pemandangan yang hebat di sajikan di hadapan mata anda. Hutan hujan tropika hijau yang subur diselubungi kabus menarik mata memandang membuatkan anda sukar untuk mempercayai bahawa anda hanya beberapa kilometer dari bandaraya yang berdebu. Suhu konsisten antara 16 dan 23° celcius di Genting Highland ini menyediakan penyaman udara semula jadi untuk anda.

Pusat peranginan ini juga menyediakan dua buah taman tema, kedua-duanya dengan hiburan menunggang dan sesuai untuk seluruh keluarga. Tambahan pula, ladang ternakan kuda Awana menawarkan aktiviti-aktiviti menunggang kuda, menunggang untuk kanak-kanak dan pengajaran untuk pemulaan. Genting Highland adalah tempat percutian yang sesuai bagi anda yang mencintai pemandangan alam yang cantik, semula jadi dan penuh dengan keriangan.

Monday, March 3, 2008

Pulau Langkawi.




Pulau yang kaya dengan keindahan semulajadi dan legenda masa silam ini telah menjadi sebagai salah satu daripada destinasi perlancongan yang paling popular di Malaysia. Langkawi umpama mutiara yang baru dijumpai oleh kerajaan Malaysia. Terdapat 104 pulau dalam gugusan pulau Langkawi, satu pembentukan dari hanyutan benua yang membentuk Asia Tenggara. Titik tertinggi di Langkawi ialah puncak Gunung Raya yang mempunyai ketinggian 890m di atas aras laut.Antara pulau-pulau di dalam gugusan kepulauan ini ialah Pulau Dayang Bunting, Pulau Singa Besar, Pulau Tuba, Pulau Langgun dan Pulau Timun.

Dari Kuala Lumpur, anda boleh berkereta melalui Lebuh raya Utara Selatan sehingga sampai ke susur keluar Gurun, Kedah dan menuju ke Kuala Perlis. Dari jeti Kuala Perlis, tambangnya adalah RM15.00 untuk feri ke Pulau Langkawi. Laluan yang popular yang selalu digunakan oleh pelancong adalah melalui jeti Kuala Kedah. Tambang pergi ialah RM18.00. Bagi penduduk Langkawi tambang sebanyak RM 15.00.

Selain feri dari Kuala Perlis, feri-feri dari Kuala Kedah dan Pulau Pinang juga ada disediakan. Star Cruise Pulau Pinang ada menyediakan pakej lengkap ke Langkawi.Selain itu,perkhidmatan feri juga disediakan untuk berhubung dengan negara Thailand melalui Langkawi dan Satun.

Dikenali sebagai zon bebas cukai, barangan di sini dijual dengan harga yang murah berbanding di tempat lain.Antara produk yang terkenal di Langkawi ini ialah gamat. Ia mengandungi banyak khasiat yang baik untuk kesihatan dalaman. Jika anda berkunjung ke sini, jalan lupa membeli air gamat sebagai ole-ole.