Bagi pelajar UPM seperti saya, tempat yang paling kerap saya pergi adalah pusat membeli belah The Mines kerana lokasinya yang berhampiran dengan kolej kediaman saya.
Sama seperti pelajar-pelajar lain, selalunya saya ke sana kerana ingin membeli barang atau sekadar menjamu mata melihat barangan-barangan baru. Tetapi sekali-sekala keluar ke sana pada sebelah malam, dapat juga menyaksikan pemandangan indah yang penuh dengan limpahan cahaya lampu berwarna-warni.
Suasana tampak menarik dan lebih cantik pada waktu malam berbanding siang. Tasik di sekitar The Mines seolah-olah sedang berpesta dengan cahaya lampunya. Suatu pemandangan yang menarik.